NAMA : MOHD ASRAF HAFIZ B RADZI
NO MATRIK : 2010880376
KUMPULAN : ASD2DN
PENDAHULUAN
Alhamdulilah! Itulah lafaz yang dapat saya ungkapkan. Hal ini kerana, dengan limpah kurniaNYA, saya dapat menyiapkan kerja kursus yang di amanahkan kepada saya dengan penuh kesabaran. Saya yakin, tanpa pertolongan daripada Allah S.W.T, sudah tentu saya terumbang-ambing dihanyut kelekaan duniawi.
Terlebih dahulu, izinkan saya menarik lafaz bicara terima kasih kepada Ustaz Abdul Aziz Bin Harijin kerana banyak memberi tunjuk ajar tentang cara-cara penulisan kerja kursus ini. Beliau juga sering memperingatkan saya serta sahabat-sahabat saya agar mengikut langkah-langkah yang perlu di lakukan untuk menyiapkan tugasan ini.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada insan yang banyak berjasa kepada saya, iaitu ibu bapa saya. Hal ini kerana, merekalah yang banyak memberi inspirasi kepada saya untuk terus berjuang dalam menyiapkan tugasan ini. Kata-kata semangat yangdihamburkan kepada saya seolah-olah membakar jiwa muda saya untuk terus menumpah keringat bagi mencari sumber-sumber yang boleh di jadikan bahan dalam tugasan ini. Mereka juga telah membekalkan kemudahan kepada saya, seperti motosikal, internet, malahan wang sekalipun dalam mencari sumber-sumber yang di perlukan.
Tambahan pula, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan saya kerana banyak memberi pertolongan saat diri ini di rundung kedukaan. Mereka juga sering memperingati saya agar tidak menangguhkan tugasan yang di beri. Mereka juga tidak jemu-jemu menemani saya dalam mencari sumber-sumber yang di perlukan.
Akhir Sekali, izinkan saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada sesiapa saja yang terlibat dalam membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tanpa mereka sudah tentu kerja saya tidak dapat di jalankan dengan sempurna. Semoga usaha anda semua akan di berkati oleh Allah S.W.T. Pertolongan yang di berikan tidak akan saya lupa hingga ke akhir hayat, bak kata pepatah harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
ABSTRAK
Sebelum Islam berkembang menjadi agama yang agung pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, telah lahir para nabi dan rasul yang mendahuluinya. Pada zaman itu telah di bangunkan sebuah masjid yang pertama kali di dunia, iaitu Masjidilharam pada zaman Nabi Ibrahim Alaihisalam (AS). Namun masjid pada zaman itu tidak seperti bangunan masjid zaman sekarang yang lengkap dengan menara dan bangunan yang lengkap dengan tiang-tiang besar.
Masjid pada masa itu hanya berupa tempat lapang dengan batas-batas tertentu yang di gunakan untuk beribadah dan bermunajat kepada Allah S.W.T. Dalam sebuah hadis disebutkan, “Dali Abu Dzar Radhiahullahu ia berkata: saya bertanya kepada Rasulullulah S.A.W tentang masjid yang pertama kali di bangunkan? Maka Rasullulah S.A.W menjawab:
“Masjid Al-Haram”
Kemudian aku bertanya lagi: kemudian masjid apa lagi?
Rasullulah S.A.W menjawab:
“Masjid Al-Aqso”,
Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W. Berapa jarak antara keduanya?
Rasulluah S.A.W menjawab,
Masjid Quba ialah masjid pertama yang di bangunkan oleh orang Islam. Masjid ini terletak di kota Madinah kira-kira 2 batu dariapada masjid Nabawi. Masjid ini di asaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W sebelum Baginda tiba di Madinah melakukan hijrah dari Makkah. Masjid Quba kemudian di siapkan oleh sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. Rasulullah S.A.W menghabiskan masa selama 20 malam (selepas hijrah) di samping bersembahyang dan beribadah kepada Allah S.W.T
Rumah Saidina Ali terletak di belankang Masjid Quba. Masjid Quba adalah masjid paling suci penganut agama islam, dan mengikut turutannya ialah Masjid Al-Haram, Masjid Nabawi (Madinah), Masjid Al-Aqso (Baitulmaqdis) dan Masji Quba (Madinah)
Masjid Quba di sebut di dalam Al-Quran sebagai masjid yang di bangunkan di atas Taqwa.
“Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya Masjid Quba yang engkau bina wahai Muhammad, yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya, sudah sepatutnya sembahyang pada nya.”
Semasa hayat Nabi Muhammad S.A.W kerap mengunjungi Masjid Quba dan menunaikan solat sunat. Mengikut hadis Ibnu Umah r.a sesungguhnya Rasululla S.A.W pernah berkunjung ke Quba dengan menaiki tunggangnya. Kadang-kadang baginda pergi ke sana pada hari Isnin.
Telah di riwayatkan juga bahawa Nabi bersbda, sesiapa yang mengerjakan sembahyang di dalam Masjid Quba pada hari Isnin dan hari Khamis, Allah akan gantikan pahalanya dengan pahala ibadat umrah.
Sejarah penubuhan Masjid Kampung Setua telah di catatkan sejak tahun 1960-an lagi. Pada masa itu, struktur masjid hanya berasaskan kayu kayan. Namun begitu, semenjak masjid ini melalui zaman berzaman, sampai kini struktur Masjid Kampung Setua telah di tukarkan kepada batu-bata. Pada waktu ini, masjid ini diterajui oleh En. Sobri Bin Syariff iaitu imam di Masjid Kampung Setua. Beliau telah di bantu oleh Haji Muhammad Solleh Bin Haji Ibrahim iaitu bilal serta Haji Harwan Bin Soleh iaitu siak di Masjid Kampung Setua. Sejak zaman berzaman, Masjid Kampung Setua banyak menyumbang peranan terhadap penduduk Utan Aji. Sehingga ke hari ini sumbangan daripada masjid ini banyak memberi manfaat kepada penduduk setempat.
Antara peranan yang utama ialah, tempat di mana solat berjemaah di jalankan. Solat berjemaah bermaksud solat yang di jalankan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan di ketuai searang imam.
Sabda nabi S.A.W
“ Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 darjat.” ( HR Bukhari dan Muslim)
Solat berjemaah terdiri daripada sorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum. Solat berjemaah sangat di tuntut dalam Islam. Bagi mazhab Mazhab Safie hukumnya ialah fardhu kifayah, manakala sesetengah pendapat mengatakan solat berjemaah hukumnya sunat muakkad atau sunat yang sangat di tuntut dalam Islam. Mereka yang mengikuti solat berjemaah, d kenali sebagai makmum.
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda, “siapa yang solat isyak berjemaah seperti solat setengah malam dan siapa solat subuh berjemaah seperi solat sepanjang malam.” (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “ Andai kata orang tahu apa yang ada dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali dengan cara di undi, pasti mereka mahu mengundinya. Andai kata mereka tahu apa yang ada dalam solat berjemaah, pasti mereka akan berlumba-lumba mendapatkannya, andai kata mereka tahu apa yang ada dalam solat Isyak dan Subuh, pasti mereka mendatanginya meskipun merangkak.”
Antara solat yang biasa di tunaikan secara berjemaah ialah solat fardhu lima waktu, solat sunat hari raya, solat sunat tarawih dan solat sunat witir, tetapi solat sunat Jumaat ia diwajibkan di kerjakan secara berjemaah.
Syarat sah solat berjemaah ialah: Mengetahui segala apa yang di kerjakan oleh imam
1. Berniat mengikut/menjadi imam
2. Tidak mendahului imam dalam takbir dan tidak pulak melambatkannya
3. Kedudukan imam ialah di hadapan makmum,sekurang-kurangnya di takat tumit. Makmum tidak bolehberada di hadapan atau sebaris dengan imam
4. Tiada dinding yang menghalangi antara imam dan makmum kecuali bagi makmum di masjid hendaklah di batas dengan kain.
5. Solat makmum harus sama dengan solat imam, misalnya solat zuhur,jumaat, qasar, jamak dan sebagainya.
6. Makmum lelaki tidak mengikut imam perempuan
2. Tidak mendahului imam dalam takbir dan tidak pulak melambatkannya
3. Kedudukan imam ialah di hadapan makmum,sekurang-kurangnya di takat tumit. Makmum tidak bolehberada di hadapan atau sebaris dengan imam
4. Tiada dinding yang menghalangi antara imam dan makmum kecuali bagi makmum di masjid hendaklah di batas dengan kain.
5. Solat makmum harus sama dengan solat imam, misalnya solat zuhur,jumaat, qasar, jamak dan sebagainya.
6. Makmum lelaki tidak mengikut imam perempuan
Ada tiga golongan yang sembahyang berjemaah di masjid yang dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab:
Golongan pertama ialah orang yang ketika azan berkumandang dia sudah berada di masjid (menunggu azan di masjid).
Golongan kedua ialah orang yang berada dalam perjalanan ke masjid ketika azan berkumandang.
Golongan ketiga pula ialah orang yang bergegas keluar dari rumahnya setelah mendengar azan menuju ke masjid.
Selain itu, Masjid Kampung Setua juga menjadi saksi di mana perkahwinan di langsungkan. Ramai anak-anak kariah Utan Aji di satukan di masjid ini. Pernah suatu ketika, majlis walimatus urus pernah di adakan di masjid ini. Perkahwinan adalah sunnahtullah, hukum alam di dunia. Perkahwinan di lakukan oleh manusia, haiwan bahkan tumbuh-tumbuhan.
وَمِنْ كُلِّ شَيْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Maksudnya: Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan, supaya dapat kamu fikirkan.
Manusia adlah makhluk yang lebih dimuliakan dan di utamakan Allah di bandingkan dengan makhluk-makhluk lain. Islam menggalakkan perkahwinan didalam ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi ada menyebut bahawa Islam sangat menggalakan perkahwinan.
Islam menyukai perkahwinan dan segala akibat yang bertalian dengan perkahwinan, baik yang bersangkutan bagi masyarakat mahupu bagi kemanusiaan pada umumnya. Di antara manfaat perkahwinan ialah, perkahwinan itu menteteramkan jiwa, menahan emosi, menutup pandangan dari segala yang di larang Allah S.W.T dan mendapat kasih suami isteri yang di halalkan Allah S.W.T. Manfaat lain ialah, perkahwinan itu mengembangkan keturunan dan untuk kelangsungan hidup. Sabda Nabi SAW:
“kahwinlah perempuan yang kamu cintaidan yang subur, kerana saya akan bangga dengan jumlahnya kepada Nabi-Nabi hari akhirat.” (riwayat Ahmad)
Hikmah yang lain iaitu untuk menjalinkan ikatan kekeluargaan di antara keluarga suami dan keluarga isteri, untuk memperkuatkan kasih sayang sesama mereka. Hal ini kerana, keluarga yang di ikat dengan ikatan kasih sayang selain daripada pegangan agama adalah keluarga yang kukuh.
Hukum perkahwinan itu aslnya mubah, tetapi akan berubah menurut Akhanul Khamsah (hukum yang lima) menurut perubahan keadaan:
Nikah Wajib
Kahwin di wajibkan bagi orang yang telah mampu , yang akan menambah takwa dan bila dikhuartirkan akan berbuat zina. Kerana menjaga jiwa dan menyelamatkannya dari perbuatan haram adalah wajib. Kewajiban ini tidak akan terlaksana kecuali dengan berkahwin.
Nikah Haram
Kahwin di haramkan bagi orang yang tahu bahwa dirinya tidak mampu melaksanakan hidup berumah tangga, melaksana kewajipan lahir seperti memberi nafkah, pakaian, tempat tinggal dan kewajipan.
Nikah Sunnah
Kahwin di sunnahkan bagi orang yang sudah mampu, tetapi dia masih sanggup mengendalikan dirinya dari perbuatan haram, dalam hal seperti ini maka kahwin lebih baik daripada membujang kerana membujang tidak di ajar dalam islam.
Nikah Mubah
Iaitu bagi orang yang tidak ada halangan untuk kahwin dan tidak haram bila tidak berkahwin
Selain daripada itu Masjid Kampung Setua juga di gunakan untuk membayar zakat bagi penduduk Utan Aji. Kadar yang di kenakan pada tahun lepas ialah RM 6.00 bagi seorang. Di masjid ini, kaunters untuk membayar zakat fitrah perlu sentiasa di buka di masjid terutamanya selepas waktu sembahyang untuk memudahkan jemaah membayar fitrah. Amil bagi masjid ini adalah, En. Sobri Bin Syariff. Zakat fitrah ialah zakat diri yang di wajibkan atas diri setiap individu lelaki atau perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang di tetapkan. Fitrah yang ada merujuk pada keadaan manusia saat baru di ciptakan sehingga dengan mengeluarkan zakat ini manusia dengan izin Allah akan kembali fitrah.
Pada perinsipnya seperti di atas, setiap muslim di wajibkan untuk mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya, keluarga dan orang lain yang menjadi tanggungannya baik orang dewasa, anak-anak kecil,lelaki mahupun perempuan. Antara syara mewajibkan individu itu membayar zakat fitrah ialah:
- Individu yang mempunyai kelebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggugannya pada malam dan hari raya
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan ramadan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan ramadan dan tetap dalam Islamnya.
- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir ramadan.
Besar zakat yang di keluarkan menurut para ulama adalah sesuai dengan penafsiran terhadap hadith ialah satu sha’ atau setara dengan 3.5 liter atau 2.5 kg makanan asasi (tepung, kurma , gandung) atau makanan makanan asasi bagi sesuatu tempat. Zakat fitrah di kenakan pada bulan Ramadan, paling lambat sebelum orang selesai menunaikan solat hari raya aidilfitri. Jika waktu penyerahan melewati waktu batas ini maka yang di serahkan tersebut tidak termasuk dalam kategori zakat melainkan sedekah. Penerima zakat secara umum di tetapka dalam Lapan golongan iaitu fakir, miskin,muallaf,hamba sahaya,gharimin,fisabililah,ibnu sabil. Namun menurut beberapa ulama khusus untuk zakat fitrah esti di dahulukan dua golongan pertam yakni fakir dan miskin.
Di riwayat kan dari Ibnu Umar ia berkata: Rasulullah telah mewajibkan zakat fitrah dari bulan ramadan satu sha’ dari kurma, atau satu sha dari syaiir atas seorang hamba, seorang merdeka, laki-laki,wanita,anak kecil dan orang dewasa dari kaum muslim.
Zakat fitrah merupakan zakat diri, di mana Allah memberikan umur panjang baginya sehinggga ia bertahan dengan nikmatNYA. Zakat fitrah juga merupakan bentuk petolongan kepada umat islam, baik kaya mahupun miskin sehinggga mereka dapat berorentasi penuh untuk beribadah kepada Allah Taa’la dan bersukacita dengan segala anugerah nikmatNYA. Hikmah yang paling agung adlah tanda syukur orang berpuasa kepada Alah SWT atas nikmat dan ibadah puasa.
Memandangkan tanah perkuburan terletak bersebelahan dengan Masjid Kampung Setua, jadi kebanyakan solat jenazah banyak dilakukan di masjid ini. Hal ini akan memudahkan lagi proses bagi si mati. Selain itu, pihak masjid ini juga akan sentiasa membekalkan tempat mandi jenazah bagi keluarga yang berlaku kematian. Solat jenazah ialah Solat yang dilakukan oleh orang hidup kepada orang yang telah meninggal dunia agar diampunkan dosanya, mendapat rahmat dan keredaan Allah swt.
Solat jenazah adalah fardhu kifayah keatas orang hidup kecuali yang mati syahid. Menurut Imam Syafie : Wali adalah lebih utama (aula) berbanding pemerintah. Mulai bapa, datuk ke atas dan anak-anak lelaki, cucu lelaki ke bawah dan seterusnya. Imam-imam mazhab bersepakat tentang harus solat ke atas beberapa jenazah serentak tetapi afdzal kalau dilakukan secara berasingan dan ia didahulukan ke atas mayat yang paling dimuliakan sewaktu hidup. Kedudukan jenazah yang ramai bolehlah diletakkan sama ada secara berbaris atau disusun beberapa baris.
Solat jenazah adalah fardhu kifayah keatas orang hidup kecuali yang mati syahid. Menurut Imam Syafie : Wali adalah lebih utama (aula) berbanding pemerintah. Mulai bapa, datuk ke atas dan anak-anak lelaki, cucu lelaki ke bawah dan seterusnya. Imam-imam mazhab bersepakat tentang harus solat ke atas beberapa jenazah serentak tetapi afdzal kalau dilakukan secara berasingan dan ia didahulukan ke atas mayat yang paling dimuliakan sewaktu hidup. Kedudukan jenazah yang ramai bolehlah diletakkan sama ada secara berbaris atau disusun beberapa baris.
Persediaan Solat Jenazah
- Mayat diletakkan didepan imam melintang ke qiblat.
- Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat.
- Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
- Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.
Sebelum solat, sunat Bilal melafazkan :
الصَلاَةُ جَامِعَه الصَلاَةُ الْمَيِّت اَلْحَاضِرُ رَحِمَكُمُ الله
Jawab Makmum :
الصَلاَةُ لاَ اِلَهَ اِلاَّ الله
Saf solat jenazah seboleh-bolehnya dijadikan 3 sof dan makmum digalakkan melebihi 40 orang.
Rukun Solat Jenazah
- Niat pada takbiratul ihram.
- Berdiri bagi yang berkuasa tanpa sebarang rukuk dan sujud.
- Takbir 4 kali termasuk takbiratul ihram.
- Membaca surah Al-Fatihah sesudah takbir pertama.
- Selawat atas Nabi Muhammad saw (selawat Ibrahimiyyah) sesudah takbir kedua.
- Doa khas bagi jenazah sesudah takbir ketiga.
- Memberi salam sesudah takbir keempat.
Cara Mengerjakan Solat Jenazah
Berdiri betul dan lafaz niat solat jenazah
Lafaz niat solat jenazah mayat perempuan.
Berdiri betul dan lafaz niat solat jenazah
Lafaz niat solat jenazah mayat perempuan.
أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.
Lafaz niat solat jenazah mayat lelaki.
أُصَلِّي عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
“Sahaja aku solat keatas ini mayat lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.
Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak Lelaki.
أُصَلِّى عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ الطِفْلِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
“Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.
Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak perempuan.
أُصَلِّى عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ الطِفْلَةِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
“Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.
Lafaz niat solat jenazah bagi imam ditambah perkataan إِمَامًا.
أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ إِمَامًا للهِ تَعَالَى
“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah menjadi imam kerana Allah taala”.
Lafaz niat solat jenazah bagi makmum ditambah perkataan مَأْمُوْمًا
أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ مَاْمُوْماً للهِ تَعَالَى
“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah mengikut imam kerana Allah taala”.
Kemudian bertakbir dengan takbir yang pertama (takbiratul ihram) disertai dengan niat di hati, kemudian baca Al-Fatihah.
Takbiratul ihram
اَ للهُ اَكْبَرُ
“Allah Maha Besar”.
Beserta dengan niat
“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan/lelaki/kanak lelaki/kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah menjadi imam/mengikut imam kerana Allah taala”.
Membaca Surah Al-Fatihah
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat), engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan. tunjukilah Kami jalan Yang lurus. iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.” (Al-Fatihah : 1-7)
Takbir kedua baca selawat.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالمَِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ.
“Ya Allah berilah rahmat kepada junjungan Nabi Muhammad saw, dan berilah kesejahteraan kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw sebagaimana Engkau memberikan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Berkatilah Nabi Muhammad saw dan keluarganya sebagaimana Engkau telah memberikan keberkatan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya atas alam-alam ini, Engkaulah zat yang terpuji dan Maha mulia.”
Takbir ketiga berdoa untuk si mati.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ
“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya dan bersihkan dia dengan air salju dan air dingin. Bersihkanlah dia dari kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah kampunganya dengan kampung yang lebih baik dan ahli keluarganya yang baik, suami isteri yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa neraka.”
Takbir keempat berdoa untuk si mati lagi.
أَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاَّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ
“Ya Allah, janganlah Engkau haramkan permohonan kami untuk kebajikannya dan janganlah Engkau membiarkan kami di timpa fitnah setelah ketiadaannya dan ampunkanlah kami dan dia juga rakan kami yang terdahulu beriman dan janganlah Engkau sematkan perasaan hasad dengki kedalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Tuhan kami, sesungguhnya Engkau bersifat pengasih dan penyanyang.”
Memberi salam ke kanan dan ke kiri.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ